Delima

DELIMA

Delima digelar ‘superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau system kardiovaskular. Buahnya bulat hampir sebesar limau. Berkulit keras, merah kecoklatan atau agak ungu.Isi buahnya terdiri dari butiran-butiran merah seperti kristal. Rasanya manis-manis segar.

RAHSIA PENCIPTAAN BUAH DELIMA

Di dalam Al-Quran disebut tiga tempat tentang buah “delima”.
Pertama Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:”Dan Dia yang menurunkan air(hujan) dari langit kemudian kami mengeluarkan dari air(hujan) itu segala macam tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan sebahagian daripadanya dedaunan yang hijau(sayur mayur) dan Kami keluarkan pada sebahagian daripadanya biji-bijian yang bersusun dan Kami jadikan pula daripadanya pokok kurma yang mayangnya ada segerombolan buah kurma yang dekat untuk ambil, dan daripadanya pula Kami keluarkan kebun-kebun anggur, zaitun dan delima yang sebahagiannya mempunyai kemiripan daunnya, tetapi rasa buah yang satu berbeza dengan yang lain. Lihatlah buah-buahnya ketika sedang berbuah dan ketika telah ranum.Sesungguhnya di dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Kami bagi orang-orang beriman.”(Al-An’am:99)

Kedua Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:”Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang bersusun dan kebun-kebun yang tidak bersusun, pokok kurma, tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun dan pokok delima yang serupa atau yang tidak serupa. Makanlah buahnya jika telah berbuah dan bayarlah zakatnya di hari kalian memetiknya. Dan janganlah kalian melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”(Al-An’am:141)

Dan ketiga Allah S.W.T. berfirman:” Di dalam kedua syurga itu terdapat mata air yang memancar keras terus-menerus. Maka tanda-tanda kekuasaan Tuhan kalian yang mana lagi yang akan kalian dustakan?Di dalam kedua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima.”( Al-Rahman:66-68)

Imam Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sbagai tanda kehebatan Allah S.W.T. dimana ia terbentuk seperti katung-katung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah delima seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut.Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan yang tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dari sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit kerras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

ASAL BUAH DELIMA

Delima berasal dari Negara Iran dikenali sebagai Punica Granatumdalam istilah botani, juga boleh didapati di India, Afghanistan dan Syria. Di zaman Nabi Musa a.s. lagi, buah delima yang bermutu di tanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.Bagi agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi simbol kesuburan, rezeki yzng melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Dalam agama Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat didalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.

KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM BUAH DELIMA

Dari sudut pemakanan, buah delima kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin,niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya.Buah delima disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.

Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru-paru kerana ia dapat melegakan batuk. Sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu’aim yang bermaksud:
“Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman”
.
Jus buah delima dapat memberikan zat kepada badan serta menyegarkan badan dan ianya dapat dihadamkan dengan cepat kerana ianya bersifat ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Ianya juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit-birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.Buah delima juga dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itu ia dapat menghilangkan keletihan.Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa jenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia.

Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, manfaat dari rasa pahit tersebut dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia.Kulitnya yang tebal pula betanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik.

KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH DELIMA

  • Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
  • Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
  • Menyingkirkan lemak berlebihan
  • Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri
  • Mencegah rasa mual
  • Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
  • Mencantikkan kulit muka
  • Membantu memulihkan pesakit kencing manis
  • Berupaya menghapuskan kahak
  • Memberi tenaga dan mencegah keletihan
  • Mencegah angin ahmar bagi warga emas
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Mencegah dan merawat kanser
  • Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
  • Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
  • Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
  • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
  • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
  • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
  • Membantu mengurangkan batuk dan lelah
  • Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
  • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
  • Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
  • Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
  • Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous

Pamoga
Harga Runcit : RM168.00 (Semenanjung) / RM188.00 (Sabah & Sarawak)

Pamoga merupakan produk Vida Beauty yang terbaik iaitu mampu merawat 1001 segala penyakit dengan izin Allah s.w.t. Ianya merupakan ekstrak buah delima, gamat dan lain-lain.

Antara khasiatnya ialah :

  • Membantu merawat pelbagai penyakit
  • Angin ahmar/lumpuh
  • Buasir
  • Kulit melecur
  • Kulit kaki pecah
  • Lemah otot, radang dan gaut
  • Mengawal dan merawat tekanan darah tinggi, kencing manis
  • Masalah jantung dan ginjal
  • Masalah kitaran haid dan dalaman wanita
  • Mata lebam/kurang tidur
  • Pedih ulu hati dan batu karang
  • Pencernaan, keracunan dan sembelit
  • Rambut gugur dan tidak lebat
  • Selepas bersalin dan sistem peranakan
  • Tumbesaran dan kecergasan kanak-kanak
  • Ulser

JUS DELIMA ORGANIK AL-RUMMAN (1 Liter & 314ml)

Jus Delima organik Al-Rumman diperbuat daripada perahan delima organik yang terpilih dan bukan daripada pati seperti kebanyakkan produk lain yang terdapat dipasaran. Jus ini juga bebas daripada bahan pengawet, bahan tambahan, tambahan gula, penambahan air, tanpa pewarna, tanpa perisa dan tanpa penstabil. Pengguna hanya perlu mengikut sukatan yang disyorkan untuk melihat keberkesanannya. Harga yang ditawarkan oleh produk kami ternyata berbaloi jika dibandingkan dengan khasiat yang anda akan perolehi dari amalan meminum jus delima Al-Rumman.

MENGAPA DELIMA?
Delima merupakan tanaman buah-buahan yang berasal dari Iran. Buahnya bulat hampir sebesar limau, berkulit keras dan kemerahan. Isinya berbiji-biji seperti Kristal.

Dalam sesetengah masyarakat, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Misalnya buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.

Orang Cina pula menyajikan buah delima sewaktu upacara perkahwinan kerana ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.

Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk dinikmati dan sebagai penawar di atas dunia.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud:
“Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima”

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
“Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut” (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
“Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima dari syurga”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s