Haruman / Wangian Sunnah

HARUMAN / WANGIAN SUNNAH

KASTURI

Nabi SAW bersabda: “sebaik-baik haruman adalah haruman kasturi”  (Riwayat Muslim)

Abu Hurairah ra berkata, Nabi SAW bersabda : “Tiap-tiap luka yang menimpa seseorang muslim di jalan Allah nescaya lukanya itu di hari kiamat tetap seperti ketika dia ditikam mengeluarkan darah. Warnanya warna darah, tetapi baunya bau kasturi”.  (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za’faran) dan buminya kasturi.’  (Riwayat Al-Bazzar)

Khasiat Kasturi
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-

1) Memberi kekuatan pada roh
2) Menenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8] Menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18] Mencegah wabak penyakit
19) Melanjutkan usia
20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).

sumber: Madrasah Darul Atiq

Penggunaan minyak wangi dalam rawatan :

Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:

“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.

Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!
InsyaALLAH.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat.Paling ketara ia memberi kekuatan kepada rohani.

Haruman merupakan santapan rohani,manakala kasturi adalah sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman.Mencium kasturi menenangkan roh.Justeru,janganlah kita menzalimi roh dengan membiarkannya menghidu sesuatu yang busuk.

Di samping itu jangan lupa menunaikan solat,berzikir dan membaca Al-Qur’an setiap hari.Amalan-amalan ini merupakan santapan roh yang hakiki bagi memperkuatkan dan memperbaharui keimanan.

KASTURI SYIFA’

 Wangian Kasturi Syifa’ / Wangian Al-Kafi / Wangian As-Syafi

Wangian Kasturi Syifa’ adalah minyak kasturi putih.

Wangian Al-Kafi adalah wangian Islamik tanpa alkohol yang berasaskan herba, kulit kayu dan ekstrak wangian buah-buahan.

Wangian As-Syafi merupakan minyak wangi tanpa alkohol, ianya dihasilkan dengan ekstrak oriental floral yang berkualiti tinggi.

Wangian Kasturi Syifa’, Wangian Al-Kafi dan Wangian As-Syafi ini telah didoakan dengan:

  • 30 juzuk Al-Quran
  • Ayat-ayat syifa’
  • Ayat-ayat ruqyah
  • Al-Muawizat
  • As Maul Husna
  • Doa-doa syifa’
  • Selawat Tajrijiyyah
  • Istighfar
  • Solat Hajat
  • Dan lain-lain

InsyaAllah ianya boleh digunakan sebagai terapi wangian sunnah yang berfungsi sebagai:

  • Perisai diri
  • Perisai tempat kediaman, tempat kerja, tempat perniagaan dan sebagainya
  • Memberi ketenangan jiwa
  • Mercerdaskan akal dan mencetuskan aura positif
  • Menangani masalah anak
  • Menghilangkan sejuk tubuh
  • Menghindarkan perasaan gemuruh dan gementar
  • Menghindarkan gangguan makhluk-makhluk halus, jin, hantu dan sebagainya
  • Doa perlindungan untuk ke tempat-tempat ‘keras’ seperti hutan, lautan yang luas, tasik-tasik, sungai-sungai, bangunan-bangunan tinggalan lama dan sebagainyaDoa perlindungan dari disihirkan orang, dicuba-cubakan orang, rasukan dan sebagainya

Cara Penggunaan:

  • Berdiri menghadap kiblat, tarik nafas perlahan-lahan, santai dan tenang.
  • Beristigfarlah dan mulai membaca Ummul Kitab Al-Fatihah.
  • Berselawat 3x dan gemakan niat atau Doa ketika mulai menyapu kasturi
  • Gemakan niat seperti :Ya Allah jadikanlah usahaku yang sedikit ini asbab kepada penyembuhan ke atas rohani dan jasmani ku”.
  • Kemudian hidulah bau Kasturi itu sedalam-dalamnya.
  • Mudah-mudahan Allah memberi manfaat daripadanya.

Sebagai Perisai Diri / Shield (Aura Protection)

  • Mulai menyapu kasturi pada kedua-dua belah kening dan di belakang telinga
  • Sapu di bahagian bahu kiri dan kanan
  • Tangan (urat nadi) di kiri dan kanan
  • Sapu juga pada leher serta hidulah bau Kasturi itu sedalam-dalamnya
  • Sekiranya terdapat kanak-kanak yang sering menangis di tengah malam, sapukan sedikit pada belakang telinga dan ubun-ubun kanak-kanak tersebut.

Sebagai Perlindungan Rumah / Tempat Kerja / Tempat Perniagaan

  • Sebaik-baiknya digunakan bersama air yang telah siap diruqyah dengan Ayat Al-Quran dan sebagainya.
  • Sediakan satu bekas yg telah diisi dengan air, sapu Kasturi Syifa’ pada jari telunjuk
  • Mulai dgn masukkan jari ke dalam air tersebut dan kemudian pusing air itu tadi dgn jari anda mengikut pusingan tawaf (Anti-Clockwise).
  • Gemakan niat ketika itu, seperti:Ya Allah jadikanlah usahaku yang sedikit ini asbab kepada terlindungnyadiriku daripada kejahatan manusia dan jin”.
  • Baca 3 qul pada air kemudian hembus perlahan-lahan.
  • Masukkan ke dalam botol spray kemudian semburkanlah didinding rumah atau di ruang pejabat atau di tempat-tempat perniagaan.

HARGA SEKOTAK
Harga Runcit : RM35.90 (Semenanjung) , RM37.90 (Sabah & Sarawak)
Kos Penghantara :  RM5.00.

Video Kasturi Syifa’

MINYAK KASTURI ANUGERAH

Minyak Kasturi Anugerah – Kepintaran Anak
Harga Runcit : RM48.00
Kos Penghantaran : RM5.00 (Semenanjung) , RM8.00 (Sabah & Sarawak)

Tiada yang lebih penting daripada melihat anak anda berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. Sokongan dan dorongan anda amat penting bagi mereka.

Namun, dalam situasi yang genting seperti menghadapi peperiksaan besar, mereka tidak mampu menangani tekanan dan konflik emosi yang mengganggu tumpuan mereka.

Keadaan yang serupa juga berlaku kepada anak yang sukar menerima teguran dan berkelakuan yang tidak sepatutnya. Jiwa mereka perlu dilembutkan dan ditenangkan.

Apabila anda sapukan Minyak Kasturi Anugerah Kepintaran Anak pada anak anda, Insya-Allah minda mereka akan mudah menerima ilmu dan saranan yang baik.

Minyak kasturi yang dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran dan doa-doa pilihan untuk kebaikan fizikal, mental, emosi dan rohani anda.

Antara ayat-ayat syifa’ dan doa-doa khusus yang dibacakan selain 30 juzuk al-Quran untuk menghasilkan Minyak Kasturi Anugerah:

  • Ayat-ayat Ruqyah
  • Ayat Ruqyah Jibril
  • Ayat Ruqyah Nabawiyyah
  • Selawat syifa’
  • Doa-doa syifa’
  • Selawat Tafrijiyyah
  • Saiyidul istighfar (penghulu taubat)
  • Ayat Kursi
  • Ayat penawar seribu guna
  • Ayat pendamaian
  • Ayat pelembut hati
  • Doa penyejuk
  • Doa penerang hati
  • Salam sulaiman
  • Solat hajat

Kaedah penggunaan

Baca al-Fatihah dan selawat 3 kali sambil menghadap kiblat. Sapukan sedikit Minyak Kasturi Anugerah pada ubun-ubun anak anda dan diusap kepalanya sambil melafazkan niat kepada Allah S.W.T. Suruh anak anda bau minyak kasturi tersebut sedalam-dalamnya sambil berselawat sebanyak 3 kali.

Bagi anak yang sukar bekerjasama dengan anda, campurkan titisan Minyak Anugerah ke dalam air mandian mereka.

Minyak Kasturi Anugerah – Menaikkan Seri & Pemanis
Harga Runcit : RM48.00
Kos Penghantaran : RM5.00 (Semenanjung) , RM8.00 (Sabah & Sarawak)

Semua orang inginkan dirinya disayangi dan disenangi oleh orang lain. Seorang ketua perlu mempunyai perwatakan yang boleh mempengaruhi orang bawahannya. Seorang ahli perniagaan perlu mempunyai aura yang positif supaya dapat menarik perhatian pelanggan dan melariskan perniagaannya. Seorang teruna atau dara yang sudah cukup syarat mahu jodohnya dicepatkan tanpa perlu runsing lagi.

Sebab itulah Minyak Kasturi Anugerah – Untuk Menaikkan Seri dan Pemanis dibuat khas untuk menaikkan seri dan memulihkan aura di dalam diri anda, disenangi ramai dan dipercepatkan jodoh.

Gabungan minyak kasturi beserta ayat-ayat al-Quran dan doa-doa terpilih menjadikan Minyak Kasturi Anugerah ini pilihan utama anda.

Antara ayat-ayat syifa’ dan doa-doa khusus yang dibacakan selain 30 juzuk al-Quran untuk menghasilkan Minyak Kasturi Anugerah:

  • Ayat-ayat Ruqyah Ayat Ruqyah Jibril
  • Ayat Ruqyah Nabawiyyah Selawat syifa’
  • Doa-doa syifa’ Selawat Tafrijiyyah
  • Pendinding al-Muawwizat Saiyidul istighfar (penghulu taubat)
  • Ayat Kursi Ayat penawar seribu guna
  • Ayat pendamaian Doa pengasih
  • Doa seri wajah Doa pelaris perniagaan
  • Doa penyejuk Salam sulaiman
  • Solat hajat

Kaedah penggunaan
Baca al-Fatihah sambil menghadap kiblat. Sapukan sedikit Minyak Kasturi Anugerah pada telapak tangan, gosok dan kemudian lafazkan niat anda kepada Allah S.W.T. Sapukan bermula dari kaki hingga ke kepala sambit membaca selawat.

Untuk mandian seri, campurkan sedikit titisan Minyak Kasturi Anugerah ke dalam air mandi. Buat pusaran pada campuran air itu mengikut arah lawan jam sambil berselawat 3 kali dan kemudian mandi.

Minyak Kasturi Anugerah – Menghindari Amalan Sihir
Harga Runcit : RM48.00
Kos Penghantaran : RM5.00 (Semenanjung) , RM8.00 (Sabah & Sarawak)

Tidak semua orang gembira dengan kejayaan dan rezeki yang diperolehi oleh orang lain. Jiran tetangga, rakan kerja malah sahabat baik sanggup untuk menjahanamkan kehidupan orang lain dengan amalan sihir, tuju-tuju, santau dan sebagainya.

Apa yang tersirat di dalam hati orang di sekeliling anda hanya Allah sahaja ketahui. Anda tidak akan tahu apa muslihat yang akan dikenakan kepada anda. Anda sememangnya tidak selamat dari bahana ini.

Oleh itu, anda harus sentiasa memohon perlindungan dari Allah dan berusaha untuk menguatkan aura anda supaya ianya dapat menghalang ilmu hitam ini dari memporak-perandakan anda dan keluarga anda.

Minyak Kasturi Anugerah Menghindari Amalan Sihir boleh membantu melindungi anda daripada menjadi mangsa perbuatan orang dan mengesan kehadiran amalan ilmu hitam ini dengan izin Allah Taala.

Minyak kasturi yang dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran dan doa-doa pilihan untuk kebaikan fizikal, mental, emosi dan rohani anda.

Antara ayat-ayat syifa’ dan doa-doa khusus yang dibacakan selain 30 juzuk al-Quran untuk menghasilkan Minyak Kasturi Anugerah:

  • Ayat-ayat Ruqyah
  • Ayat Ruqyah Jibril
  • Ayat Ruqyah Nabawiyyah
  • Selawat syifa’
  • Doa-doa syifa’
  • Selawat Tafrijiyyah
  • Pendinding al-Muawwizat
  • Saiyidul istighfar (penghulu taubat)
  • Ayat Kursi
  • Ayat pembatal sihir dan pukau
  • Ayat pengesan & penawar sihir dan pukau
  • Doa penghindar gangguan syaitan
  • Doa penghindar hasutan syaitan
  • Doa bakar jin dan syaitan
  • Ayat penawar seribu guna
  • Doa gangguan tidur
  • Doa pendinding
  • Salam sulaiman
  • Solat hajat

Kaedah penggunaan
Baca al-Fatihah, Surah 3 Qul dan selawat 3 kali sambil menghadap kiblat. Sapukan sedikit Minyak Kasturi Anugerah pada bahagian tengkuk, kedua-dua kening mata, telinga dan pelipat tangan sambil melafazkan niat kepada Allah S.W.T supaya dijauhkan dari gangguan jin, syaitan malah manusia yang berhati jahat. Sapukan juga pada bahagian-bahagian badan yang terasa sakit akibat gangguan.

Bagi anak kecil yang sering menangis pada waktu malam, sapukan pada ubun-ubun, kedua-dua cuping telinga dan kedua-dua buku lali.

Bagi mengelakkan gangguan di sekitar rumah, pejabat dan kedai, tuang beberapa titis Minyak Kasturi Anugerah ini ke dalam botol atau botol semburan terpakai sambil membaca al-Fatihah. Buat pusaran pada minyak itu itu mengikut arah lawan jam sambil membaca Surah 3 Qul dan berselawat sebanyak 3 kali. Kemudian sembur di sekeliling kawasan yang diganggu

Minyak Kasturi Anugerah – Keharmonian Rumah Tangga
Harga Runcit : RM48.00
Kos Penghantaran : RM5.00 (Semenanjung) , RM8.00 (Sabah & Sarawak)

Kehidupan yang harmoni dan bahagia merupakan impian setiap suami dan isteri. Perasaan kasih sayang antara satu sama lain telah terpatri di sanubari.

Namun, cabaran hidup serta kurang persefahaman sering menggugat tali ikatan kasih antara suami dan isteri. Ditambah lagi dengan gangguan dari pihak ketiga yang ingin melihat hubungan anda tidak bahagia.

Minyak Kasturi Anugerah – Untuk Keharmonian Rumah Tangga direka khusus untuk mengembalikan keharmonian hubungan rumah tangga anda. Anda akan kembali ceria dan dilindungi oleh Allah S.W.T.

Minyak kasturi yang dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran dan doa-doa pilihan untuk kebaikan fizikal, mental, emosi dan rohani anda.

Antara ayat-ayat syifa’ dan doa-doa khusus yang dibacakan selain 30 juzuk al-Quran untuk menghasilkan Minyak Kasturi Anugerah:

  • Ayat-ayat Ruqyah
  • Ayat Ruqyah Jibril
  • Ayat Ruqyah Nabawiyyah
  • Selawat syifa’
  • Doa-doa syifa’
  • Selawat Tafrijiyyah
  • Pendinding al-Muawwizat
  • Saiyidul istighfar (penghulu taubat)
  • Ayat Kursi
  • Ayat penawar seribu guna
  • Ayat pendamaian
  • Ayat pelembut hati
  • Doa pengasih
  • Doa seri wajah
  • Doa penyejuk
  • Doa atasi gangguan tidur
  • Doa atasi cemburu & hasad dengki
  • Solat hajat
  • Salam sulaiman

Kaedah penggunaan
Baca Bismillah dan selawat 3 kali sambil menghadap kiblat. Sapukan sedikit Minyak Kasturi Anugerah pada kedua-dua kening mata, cuping telinga dan dada sambil melafazkan niat anda kepada Allah S.W.T.

Bagi pasangan yang menghadapi masalah hubungan yang serius, campurkan sedikit titisan Minyak Kasturi Anugerah ke dalam air mandian. Buat pusaran pada campuran air itu mengikut arah lawan jam sambil berselawat 3 kali dan kemudian mandi.

Testimoni
Testimoni Minyak Anugerah Kasturi

HEBAT QASTURI HITAM

Harga Runcit (3ml) : RM35
Kos Penghantaran : RM5.00 (Semenanjung) , RM8.00 (Sabah & Sarawak)

HEBAT QASTURI HITAM Wangian Kasturi Hitam Sunnah Diruqyah

Hebat Qasturi Hitam berwarna hitam yg dibacakan ayat-ayat ruqyah Insya Allah banyak membantu kehidupan manusia sejagat.

Antara khasiat lain Kasturi Hitam:

  • Mengelak/Menangani gangguan sihir & makhluk halus.
  • Kanak-kanak / Bayi yang sering menangis malam.
  • Mengatasi masalah lesu dan cepat letih
  • Bagi anak-anak yang malas belajar, untuk menaikkan semangat. InsyaALLAH.
  • Dan lain -lain khasiat. InsyaALLAH.

Cara penggunaan:

Bagi pesakit, disapukan melintang pada setiap sendi & sedikit pada 7 anggota sujud sebelum tidur.

Bagi bayi atau kanak-kanak, disapukan di belakang telinga, menjelang maghrib & sebelum tidur.

Bagi pelajar, disapukan pada tangan (celahan jari) , lalu disedut harumannya sebanyak 3-7x sebelum masuk belajar atau sebelum ke sekolah atau kolej. Bagi kesegaran minda dan kekuatan ingatan.

Dititikkan beberapa titik (bilangan ganjil) ke dalam sebekas kecil air yang telah dipanaskan atau dijeram serta dihidu wapnya dengan nafas kiraan detik ganjil, bagi masalah migrain.

Di titikkan kira-kira suku ¼ botol ke dalam sebaldi air sejuk dan dijadikan bilasan mandi terakhir, bagi ikhtiar rawatan sihir dan gangguan jin, juga penyegar tubuh.

Adapun semuanya berlaku dengan izin ALLAH jua. Sebaiknya dimulakan dengan BasmALLAH dan Selawat ke atas Nabi S.A.W 3x berserta doa sebelum penggunaan atau pemakaian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s